Sunday 6 January 2013

Pertanyaan Quotation - Apa yang perlu?

Salam dan selamat pagi...

Kami selalunya mendapat email dan pertanyaan di email, sms, whatsapp dan facebook mengenai quotation..Tapi selalunya kami dapat terlalu general...So kat sini kami bagi sedikit guiedeline untuk minta quotation...
                                                    
1) Selalunya anda akan tinjau website kad kahwin yang anda ingin beli, betul tak, dari situ mesti anda sudah tahu apa yang anda perlukan, kalau masih survey pun tak pe..jadi soalan macamana yang boleh anda lontarkan...
   
    a) Saya ada terlihat kad Indah di web anda..Boleh quotekan harga bagi kad tersebut  dalam jumlah 1000 pcs..Kad tersebut hendak dibuat untuk kedua-dua belah pihak...Tarikh majlis saya adalah pada bulan 3...
   
So, apa yang penting, kami nak tahu kad mana yang anda mahu, kuantiti, sebelah pihak atau 2 pihak, dan tarikh majlis...

   b) Saya baru nak cari kad kahwin, majlis belum tahu tarikhnya, mungkin bulan 6 tahun 2013, saya nak quotation bagi sebelah pihak sahaja dan 2 belah pihak...

                                                         

Macam ni pun kami boleh jawab dan bagi cadangan, at least bila survey2x ni kami akan cadangkan yang terbaik untuk anda...

2) Kalau anda sms, whatsapp tu ok, sebab kalau tak clear soalan anda tu kami boleh follow up dengan anda...Cuma..
    a) By email - at least beritahu nama anda dan no telefon supaya senang kami hubungi..
    b) Facebook - sila PM kami, dan beritahu nama dan tinggalkan nombor telefon anda supaya senang juga kami hubungi..

Jangan risau, kami jaga privasi anda...Banyak juga email kami dapati terlalu general sangat, contohnya :
a) Boleh bagi quotation kad tak?
b)boleh tak hantar pada sy detail Rekaan Kad Kahwin...
Untuk soalan2 macam ni kami perlukan more information la kan jadi senang untuk kami hubungi anda utk pemahaman lanjut..


Ikhlas dari
Ilham Lagenda
www.ilhamkad.my







No comments:

Post a Comment