Wednesday 2 January 2013

Apa nak buat bila dapat artwork?

Salam,

Nak share pengalaman kami tentang artwork...Sebab kami kadang2 buat artwork 10-20 setiap hari maka mata kami berpinar juga tengok details, tengok komputer depan mata...Kena pulak new design request, searching gambar dan sebagainya, so pendek kata memang kekadang tu sangat stress...
Jadi bila kami antar artwork selalunya pelanggan akan first komen kat artwork tu adalah, warna, artwork tu sendiri...tapi adakah itu yang sepatutnya? So apa yang anda patut buat apabila dapat artwork? Ini recommendation kami...

1) Kalau ada printer sila printkan artwork itu...
2) Tengok details dulu, tengok nama2 terutama nama orang tua dan nama pasangan pengantin
3) Tengok hari, tarikh dan tarikh Islam samada semua itu tepat
4) Tengok aturcara, no telefon untuk dihubungi, buat checking dengan nombor dekat handphone..
5) Last sekali baru komen kat artwork, mana tahu nak tukar warna ke aper kan...
6) Sebelum final confirm, print sekali lagi atau forward dekat orang terdekat anda..suruh checking sekali lagi, kalau boleh pasangan anda la kan..kemudian..confirm...

Bila dapat confirmation anda , kami akan print...Kami pun selalunya akan check sekali lagi sebelum print, tapi dalam banyak2x tu takut ada terlepas pandang..Selalunya memang major kesilapan mana2x kedai kad kahwin adalah bab tarikh dan hari...Jadi bila anda nak kahwin kena jadi cikgu sekejap, dan kalau boleh sebarang kesilapan ditandakan dengan merah dan emailkan, supaya jelas bagi kedua2 belah pihak....

Seperti biasa..iklan sikit la kan..nak tempah kad bolehlah ke www.ilhamkad.my atau ke http://www.facebook.com/ilhamlagenda
Jumpa anda di sana....

No comments:

Post a Comment