Friday 7 February 2014

Printing kad kahwin

Dalam industri kad kahwin ada beberapa cara/ machine yang digunakan untuk cetak kad kahwin.

Inkjet - sangat sedikit yang menggunakan teknik/machine ini, dari segi kualiti dan maintenance sangat tinggi.

Digital - untuk sedikit, harga adalah sangat murah, cuma harga tersebut agak tetap walaupun untuk jumlah yang banyak.

Offset - disebabkan ianya adalah fixed cost (kos tetap untuk filem dan blok) maka jika dibuat sedikit harga adalah sangat mahal.

Tuesday 10 December 2013

Tuesday 8 January 2013

Material kad kahwin yang ada di pasaran

Salam....

Selalunya bakal pengantin nak pilih kad, bila baca spesifikasi kad dah mula pening..So kat sini Ilham Lagenda nak share la material2 kad yang ada di pasaran...(bukan bermakna lain2 tu tiada, cuma kurang diguna pakai)
                                                    
Kertas biasa - ada yang nak murah, so nak pakai kertas biasa je, diphotostat kat kertas..
                      Kertas warna - normally kertas warna ni ada jenis ketebalan dia, bila kita cerita pasal ketebalan ni kena biasakan terms dalam kertas; iaitu gsm..So kertas warna selalunya start dengan 80 gsm tebal dia..Normally warna yang pudar tu 80 gsm la, warna yang pekat dlm 100 gsm mcm tu...ada kertas yang tebal lg, tapi kalau kategori kertas warna biasa guna kat kedai memang 80 gsm atau 100 gsm...Macam biasa, lebih tebal lebih mahal la kan?

                                         

Kertas simili - Kertas simili ni kita bolehlah samakan dengan kertas lukisan atau kertas envelop tu..simili ni kesat sket kertasnya, selalunya pun start dengan 80 gsm..selalunya kad readymade memakai ketebalan antara 120gsm dan 140gsm...
                                                        

Artpaper - Artpaper ni sedikit kilat, selalunya dibuat flyers atau sticker tu..dia lembik la kertas dia...selalunya dia punya ketebalan start dari 105gsm pastu 128gsm dan 158 gsm..

                                                         

Artcard - selalunya kad2 jemputan memakai material ni..sangat digunakan meluas sebab dia agak tebal, permukaan di pun sedikit kilat(coated)...bermula dari 210gsm ketebalannya sehingga 310gsm..(ni yg selalu guna di pasaran..)

                                               

Ivory White - Kertas ni selalunya digunakan sebab permukaan dia soft and smooth,selalunya digunaka pada kad kahwin yang guna cetakan laser, dimana kualiti dia sangat tinggi...

Ada lagi jenis lain2x tapi tidaklah digunakan secara meluas sangat....

Ini baru pasal material..nanti kita cerita pasal kemasan pula (finishing)

Sunday 6 January 2013

Pertanyaan Quotation - Apa yang perlu?

Salam dan selamat pagi...

Kami selalunya mendapat email dan pertanyaan di email, sms, whatsapp dan facebook mengenai quotation..Tapi selalunya kami dapat terlalu general...So kat sini kami bagi sedikit guiedeline untuk minta quotation...
                                                    
1) Selalunya anda akan tinjau website kad kahwin yang anda ingin beli, betul tak, dari situ mesti anda sudah tahu apa yang anda perlukan, kalau masih survey pun tak pe..jadi soalan macamana yang boleh anda lontarkan...
   
    a) Saya ada terlihat kad Indah di web anda..Boleh quotekan harga bagi kad tersebut  dalam jumlah 1000 pcs..Kad tersebut hendak dibuat untuk kedua-dua belah pihak...Tarikh majlis saya adalah pada bulan 3...
   
So, apa yang penting, kami nak tahu kad mana yang anda mahu, kuantiti, sebelah pihak atau 2 pihak, dan tarikh majlis...

   b) Saya baru nak cari kad kahwin, majlis belum tahu tarikhnya, mungkin bulan 6 tahun 2013, saya nak quotation bagi sebelah pihak sahaja dan 2 belah pihak...

                                                         

Macam ni pun kami boleh jawab dan bagi cadangan, at least bila survey2x ni kami akan cadangkan yang terbaik untuk anda...

2) Kalau anda sms, whatsapp tu ok, sebab kalau tak clear soalan anda tu kami boleh follow up dengan anda...Cuma..
    a) By email - at least beritahu nama anda dan no telefon supaya senang kami hubungi..
    b) Facebook - sila PM kami, dan beritahu nama dan tinggalkan nombor telefon anda supaya senang juga kami hubungi..

Jangan risau, kami jaga privasi anda...Banyak juga email kami dapati terlalu general sangat, contohnya :
a) Boleh bagi quotation kad tak?
b)boleh tak hantar pada sy detail Rekaan Kad Kahwin...
Untuk soalan2 macam ni kami perlukan more information la kan jadi senang untuk kami hubungi anda utk pemahaman lanjut..


Ikhlas dari
Ilham Lagenda
www.ilhamkad.my







Thursday 3 January 2013

Jenis-jenis kad kahwin : Custom vs Ready Made



Salam...

Ramai yang bertanya pasal jenis kad kahwin, dekat web selalunya ada tulis kad custom dan kad ready made...


Ok, selalunya design custom ni boleh diubah design dia serba sedikit, "customized" merujuk kepada kesesuaian..so maksudnya design boleh disesuaikan mengikut tema, boleh diubah mengikut citarasa anda..Selalunya kad tersebut akan hanya dicetak apabila anda sudah "confirm" dengan design yang diterima...
Kelebihan kad ready made ni kat designlah, tapi normally ada kekurangannya..dia kena ambil genap2...ada yang start dengan 100, dan gandaan 100..tapi selalunya dia start dengan 500 minimum dan setiap gandaan 500..Jadi anda boleh order 500,1000,1500, 2000 macam tu...Cuma bestnya lagi byk lagi boleh dapat harga murah...

                                                                  
Manakala kad readymade pula adalah kad yang sedia cetak, tapi segala informasi di kosongkan..Dengan kata lain kad kosong..Contoh terdekat boleh tengok macam kad raya, kad birthday yang dijual di kedai2 tu..itu kategori ready made, dah dicetak banyak2..nanti kita tulis sendirilah apa nak tulis kat dalam tu kan...Cuma bila kalau anda order, informasi tu kami yang akan cetakkan, anda supply je data2x tersebut kepada kami..Kekurangannya warna print dalam tu selalunya satu warna je, dan selalunya memang warna hitamlah kan..sebab pakai machine digital...Harga dia pulak tak byk beza sgtlah kalau sikit atau banyak..Cuma selalunya boleh order serendah 100 pcs jer...dan bila2 pun boleh jer nak tambah...

                                                     

Dekat Ilham Lagenda, Kad Custom kami, diberi nama Gemilang, Anggun, Indah, Seri, Tiara dan Lestari (ikut saiz kad)...Kad Readymade pula kami beri nama Mutiara Series...Kalau nanti kami tambah jenis kad kami akan bagi nama baru pula..Hope memberi sedikit informasi kepada anda...

Sekian melaporkan...
Ikhlas dari
Ilham Lagenda

Wednesday 2 January 2013

Apa nak buat bila dapat artwork?

Salam,

Nak share pengalaman kami tentang artwork...Sebab kami kadang2 buat artwork 10-20 setiap hari maka mata kami berpinar juga tengok details, tengok komputer depan mata...Kena pulak new design request, searching gambar dan sebagainya, so pendek kata memang kekadang tu sangat stress...
Jadi bila kami antar artwork selalunya pelanggan akan first komen kat artwork tu adalah, warna, artwork tu sendiri...tapi adakah itu yang sepatutnya? So apa yang anda patut buat apabila dapat artwork? Ini recommendation kami...

1) Kalau ada printer sila printkan artwork itu...
2) Tengok details dulu, tengok nama2 terutama nama orang tua dan nama pasangan pengantin
3) Tengok hari, tarikh dan tarikh Islam samada semua itu tepat
4) Tengok aturcara, no telefon untuk dihubungi, buat checking dengan nombor dekat handphone..
5) Last sekali baru komen kat artwork, mana tahu nak tukar warna ke aper kan...
6) Sebelum final confirm, print sekali lagi atau forward dekat orang terdekat anda..suruh checking sekali lagi, kalau boleh pasangan anda la kan..kemudian..confirm...

Bila dapat confirmation anda , kami akan print...Kami pun selalunya akan check sekali lagi sebelum print, tapi dalam banyak2x tu takut ada terlepas pandang..Selalunya memang major kesilapan mana2x kedai kad kahwin adalah bab tarikh dan hari...Jadi bila anda nak kahwin kena jadi cikgu sekejap, dan kalau boleh sebarang kesilapan ditandakan dengan merah dan emailkan, supaya jelas bagi kedua2 belah pihak....

Seperti biasa..iklan sikit la kan..nak tempah kad bolehlah ke www.ilhamkad.my atau ke http://www.facebook.com/ilhamlagenda
Jumpa anda di sana....

Masa yang relevan untuk tempah kad

Salam dan Hai...

Berapa lama masa yang sesuai nak tempah kad? Soalan yang selalu di tanya oleh bakal pelanggan..Untuk berada dalam keadaan yang safe seelok-eloknya 4 bulan sebelum majlis...Selalunya...

2 minggu untuk buat artwork
1 minggu confirmation dari anda, so anda boleh diskusi bersama keluarga artwork tersebut...
1-2 minggu untuk print..
1 minggu untuk delivery juga (kadang2x ada tempat yang jauh courier masuk sekali sekala..nak cepat pakai Pos Laju tapi harganya sangat mahal...bayangkan kad 19 sen 1000 pcs caj hantar RM75)
So total plus minus dah 6 minggu...sebulan setengah dah..So anda ada 2 bulan setengah untuk buat jemputan..Kalau ikutkan tak berapa lama pun, tolak minggu nak kahwin ada 9 minggu je..tolak hari kerja yang sibuk...ha, tak lama kan..tub, tub dah nak kahwin...Kesian juga pada orang tua yang tak berapa sihat tu nak menjemput saudara mara anda...Nanti terkejar2 mereka...So, kami nasihatkan buatlah tempahan awal..

Nak tempah dengan kami bolehlah ke www.ilhamkad.my atau http://www.facebook.com/ilhamlagenda untuk lihat design kad...

So, kami tunggu tempahan dari anda...:)